Hari ini bangun macam biasa 4.45 pagi walaupun hari ini hari sabtu.Mana tidak nyer hari ini ada road run peringkat sekolah.....tapi tak lari lah...hehehehe..tapi tolong cikgu..dapat pahala ape ;D
Orang lain sibuk senamrobik yang aku pulak sibuk mengagihkan makanan dekat cikgu-cikgu.
Kira bersenamlah tu...apa tidak nyer kena cari cikgu lagi untuk pastikan semua dapat makanan...
lepas kasi makanan pergi pulak kantin untuk sediakan minuman untuk budak-budak..sebelum itu cikgu dah sediakan makanan iaitu nasi lemak lah..sedap gila lah....orang lain lari yang aku,fara,aten,mimi,wawa dan biela melantak dekat meja kantin.Memang sedap lah tidak terkata.
Cikgu suruh kita orang bahagi kepada 2 kumpulan....aten,biela dengan fara jaga budak perempuan punya...
aku,wawa dan mimi jaga bahagian budak lelaki...biela siapa kasi amaran jangan mengatal..."ops,sorry sikit biela kak cik ko nie setia tau".hehehe.....
Lepas semua budak-budak lari mengikut kelas....kita orang kena siapkan air untuk dia orang minum lepas lari...
susun elok-elok kasi center gitu....Cepat jugak dia orang sampai....lepas habis buat kerja pergi dataran jauhari pulak..sebabnya nak kasi hadiah dekat para pemenang lah....duduk dekat kawasan rumah kuning pada hal rumah merah...tahun ini rumah hijau pulak menjadi juara..rumah merah tempat kedua tidak apa kasi lah pulak rumah hijau menangkan....
Lepas habis acara.....cikgu minta tolong kemaskan bilik stor dekat bilik PSV...ingatkan banyak sangat nak kemas nyer...ermmm....tapi tadi tiba-tiba tak ada mood :( tidak tahu lah kenapa rasa macam dekat dunia asing jer.....time itu fikir semua orang talam dua muka pandai betul kan dia orang itu.....apa lah aku ni fikir pasal orang yang macam itu time ada event pulak itu....tak baik tau amalia....lain kali fikir dulu sebelum menilai orang lain.... ;D
Tiada ulasan:
Catat Ulasan